Sunday 1 April 2012

Menyambut Bola...



  • Kedudukan badan dalam keadaan sedia. 
  • Kedua – dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola. 
  • Sentiasa menghadap ke arah bola. 
  • Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya. 
  • Imbangkan kedudukan badan. 

Kedudukan tangan dan jari ketika menyambut bola.


TEKNIK MENYAMBUT BOLA



Menyambut bola tinggi 


Menyambut bola aras muka



Menyambut bola rendah









Hantaran Asas..!!

HANTARAN BAHU

  • Digunakan untuk membuat hantaran jauh. 
  • Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. 
  • Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusing badan.


HANTARAN SISI

  • Berguna untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas. 
  • Tidak perlu memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan. 
  • Banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.


HANTARAN LANTUN

  • Teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara mengejut. 
  • Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas. 
  • Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan. 

HANTARAN ARAS DADA

  • Mempunyai persamaan dengan permainan bola keranjang. 
  • Lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada. 
  • Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan.
  • Tangan anda hendaklah ikut lajak follow through di akhir tolakan.


HANTARAN LOMPAT

  • Satu gerakan keliru yang berasal daripada permainan bola keranjang. 
  • Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat demikian. 
  • Hantaran ini dibuat  terus kepada rakan pasukan supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan. 




PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


SEJARAH UMUM
  • Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan.
  •  Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainan bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.
  • Permainan bola baling ini juga terkanal di seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20.

SEJARAH DI MALAYSIA

  • Bola baling diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976.
  • Pada tahun 1987, permainan ini telah dipertandingkan buat pertama kalinya pada peringkat Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Malaysia (MSSM).

KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

  • Kemahiran Hantaran
  • Kemahiran Menyambut
  • Kemahiran Menggelecek
  • Kemahiran Mengacah
  • Kemahiran Mengadang
  • Kemahiran Membaling
  • Kemahiran Menjaring
  •  Kemahiran Menjaga Gol
 
v

Sunday 19 February 2012

Perjalanan Cik KU....

Assalamualaikum..
hello...
Yihuuuu...
nama diberi cik Ku Sufiah...
kini sedang mengikuti kursus perguruan di IPG Kampus Ipoh....